Friday 21 December 2012

Kecewa Isteri Menipu: Lelaki Tinggal Atas Pokok Selama 9 Bulan


Seorang lelaki India telah menghabiskan masa selama sembilan bulan hidup di atas pokok kerana isterinya enggan untuk meminta maaf setelah menipu dirinya..Dia yang enggan turun dari atas pokok tersebut menyatakan tidak akan turun dari pokok tersebut selagi isterinya yang menipu enggan meminta maaf padanya..


Lelaki itu yang hanya dikenali sebagai Sanjay, tinggal di Mumbai..Dia mula memanjat pokok jambu di hujung kampungnya itu dan tidak pernah turun sejak 9 bulan lepas selagi isterinya enggan memohon maaf padanya..

Dia yang berumur 25 tahun meneruskan hidup diatas pokok tersebut dengan bergantung kepada diet buah-buahan dari pokok tersebut selain makan makanan yang diberikan oleh saudara-mara terdekatnya..

Usaha untuk memujuknya telah dilakukan tetapi lelaki berkenaan mengugut untuk membunuh diri sekiranya terpaksa berbuat demikian.."Dia makan dan tidur di atas pokok" ujar kakaknya ketika memberitahu akhbar The Asian Age..

Seorang jurucakap polis Cholapur mengesahkan, "lelaki itu hidup di atas pokok sejak sembilan bulan lepas sejak kecewa dengan perbuatan wanita tersebut yang menipu suaminya itu..Polis berkata mereka tidak boleh campur tangan kerana dia tidak melakukan apa-apa kesalahan..

Isteri Sanjay telah pulang ke rumah ibu bapanya dan dia masih tidak meminta maaf kepada suaminya itu setelah menipu..


p/s: hehe..mungkin kerana curang kot~



NewsTrackIndia


2 comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...