4Lo6tkEvBVv3ZgCOiTpUbnOmMWU buatbest: Terkini Kejadian Tanah Runtuh Di Bukit Setiawangsa


Klik Iklan Untuk Info



Saturday, 29 December 2012

Terkini Kejadian Tanah Runtuh Di Bukit Setiawangsa


Kejadian tanah runtuh di Bukit Setiawangsa yang berlaku malam tadi mengejutkan ratusan penduduk berdekatan kawasan Bukit Setiawangsa tersebut..Benteng konkrit setinggi bangunan 25 tingkat itu runtuh dan menimbus satu-satunya jalan keluar masuk ke Taman Puncak Perdana..
Gambar Tanah Runtuh Bukit Setiawangsa Twitter@NurMarisaaa



Gambar tanah runtuh di Bukit Setiawangsa: CtHoney Blogspot

Menurut Bernama sehingga tengah malam tadi pergerakan tanah runtuh masih lagi berlaku dan semakin kritikal sehingga memaksa penghuni empat buah banglo yang tinggal diatas bukit untuk mengosongkan rumah atas faktor keselamatan..


Kejadian dipercayai berlaku pada jam 9 malam tadi dan tindakan susulan masih diteruskan dalam usaha berjaga-jaga akibat adaripada kejadian tanah runtuh tersebut..


Dijangkakan sebanyak 15 buah rumah mewah yang berada dikawasan tersebut terjejas kerana bencana tanah runtuh tersebut..


Lokasi kejadian tanah runtuh tersebut dikatakan tidak jauh daripada rumah Ahli Parlimen Setiawangsa, Dato' Sri Zulhasnan Rafique dan juga beberapa ahli politik lain..Bagaimanapun tiada kemalangan jiwa yang dilaporkan setakat ini..

Bagaimanapun jalan lorong sebelah telah dibuka untuk memberi laluan kepada penduduk sekitar Taman Puncak Setiawangsa pulang ke rumah masing-masing dengan Jabatan Bomba Dan Penyelamat Wilayah Persekutuan, pihak polis serta Jabatan Pertahanan Awam (JPA) berada di kawasan tersebut untuk mengawal keadaan kejadian tanah runtuh di Bukit Setiawangsa itu..

p/s: Sebelum ini kecoh mengenai kejadian tanah runtuh yang menyebabkan 6 buah kenderaan tertimbus di Kemaman beberapa hari lepas..


Lagi Berita Kejadian Tanah Runtuh Di Bukit Setiawangsa: MyMetro


No comments :

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

exchange bloglist